Monday, November 9, 2009

Jualan Gudang My Opis...

Hi, Tamat Sudah Jualan Gudang My Dear, tapi, aku tak sempat pung nak menjengah, almaklumlah, Gaji bulan ni pun lambat lagi, tambahan pulak,bonus pun takde tahun ni... Nak tunggu baki wang ehsan bln 12 baru dapat. So, kenalah berjimat Cermat.. tapi, dalam ada yang berjimat, ade pulak yang berusaha mencari pendapatan sampingan.. Macam biasalah, aku hanya membantu kawan-kawan yang ingin mempromosikan produk mereka.. untuk Makluman, Iklan rumah yang pernah disiarkan Tahun Lepas, telah Terjual.. sekian, dimaklumkan... Berbalik kepada jualan Gudang di My Opis tu, di sini ada produk getah, sepit, brooch untuk kaum wanita.. Tapi, aku tak sempat bertanyakan harganya tadi. antara produk yang ada di pasaran:

Sepit sesuai untuk pelbagai jenis rambut..


Getah yang memberi keanjalan yang bagus!

Pilih-Pilih!!! Pelbagai Aneka warna!!


Kotak pensel untuk kegunaan anak-anak sekolah!!


Getah rambut kristal


Brooch!! Masih ade lagi stok!
Lagi Getah untuk Rambut mengerbang!!
Butang Baju kot..



Untuk Tempahan:
Hubungi Cik Nadia Izawanie: 03 - 8871 2026





AWAS!!!
Sape kentut ni wei?? Bantuan Pernafasan!!!
Minta Nyawa!!!Minta Nyawa!!!
tapi, Peace!!!
Most Important,
I FeeL GooD

NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL ..bantulah..




A
ssalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini, aku just post ape yang aku terima dari email sahabat aku pagi tadi untuk kita sama-sama membantu insan yang memerlukan..Pada kawan2 mahupun sesiapa yang kenal mohon sedikit sumbangan untuk
NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL

Sedikit latar belakang adik Nazirah Alia:

NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL
Beliau dilahirkan pada 18 Jun 2008, dilahirkan dengan berat badan 2.8kg dan
ketika berusia 4 bulan dengan keadaan badan menjadi kering, lendir pada
kerongkong yang pekat sehingga tidak boleh menelan susu, serta mengalami
cirit birit sepanjang masa. Pada Oktober 2008 Alia disahkan menghidap
penyakit CYCTHIC FIBROSIS. CYCTHIC FIBROSIS adalah penyakit ganetik dan
jarang ditemui di benua asia. Penyakit ini tidak dapat disembuhkan kerana
penghidapnya kekurangan satu enzim di dalam badan yang menjejaskan proses
respirasi peparu, percernaan usus dan hati. Ini kerana Alia memiliki hati
yang saiz lebih besar dan usus yang lebih tebal dari manusia normal, Alia
juga perlu disedut kahak dan makan pelbagai jenis ubat setiap hari. Alia
juga lemah kepada persekitaran dan mudah dijangkiti penyakit serta kerap
masuk wad di PPUM dan perlu dimasukkan anti-biotik khas setiap 6 bulan
untuk menyahkan kuman dalam badan. Alia memerlukan pembelanjaan perubatan
melebihi RM12,000.00 setiap tahun termasuk ubat khas seumur hidup, rawatan
wajib setiap 6 bulan sekali, susu khas dan pelbagai pembelajaan lagi.
Diharap jika ada rakyat Malaysia mahupun negara lain yang prihatin dan
simpati pada Alia bolehlah menyumbangkan bantuan kewangan pada bapa NAZIRAH
ALIA BINTI NOOR ISMAIL (maklumat lanjut sila runjuk dibawah) bagi
membiayai keperluan dan meneruskan kehidupan seperti manusia biasa. Alia
yang merupakan penghidap penyakit yang jarang-jarang dijumpai.

Sumbangan ikhlas anda amat di hargai:

Noor Ismail Bin Mohd Ali (bapa Alia) 6012-671 9840
F-03-04 Mentari Court,
Jalan PJS 8/9, Taman Seri Mentari,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

RHB Bank A/C No : 112-24-6000-4059-2

Bantuan untuk NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL and sekiranya ada tidak mampu
member sumbangan, diharap anda menyambungkan email ini kepada rakan-rakan
anda. Bantuan anda amat sangat dihargai. Semoga tuhan dapat membalasnya.

Friday, November 6, 2009

Kita Ibarat Pinggan


Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..

Semoga bermanfaat...

Jualan Gudang My Dear

Saje je aku post iklan ni..bukan aku jadi promoter, tapi, saje nak sharing kat member2 yang bakal menimang cahaya mata untuk menghabiskan duit.. hehehe.. harganye kira murah lah sikit daripada beli kat shopping complex. tapi, kalo dari Johor or Dari Perlis nak ke puchong untuk beli ni, aku cadangkan hentikan je lah yer.. saje usik kamu..


Ni dia poster yang aku dapat:

Ahli koperasi rugi RM102.8 juta

KUALA LUMPUR - Jumlah kerugian terkumpul yang dialami oleh kira-kira 20,000 ahli yang menyertai koperasi menjalankan skim cepat kaya mencecah RM102.8 juta.

Menurut Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Mangsor Saad, sebilangan besar mangsa terdiri daripada golongan pekerja makan gaji dan selebihnya bekerja sendiri.

"Kita dapati koperasi ini memperdaya mangsa dengan menawarkan modal sedikit tetapi kononnya akan menerima ganjaran yang tinggi, pada pandangan saya mungkin orang makan gaji mudah mendapat pinjaman bank jadi mereka boleh membuat pelaburan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob kelmarin mengenai sembilan buah koperasi skim cepat kaya yang dikesan menipu kira-kira 20,000 ahli mereka.

Mangsor memberitahu, SKM memandang serius koperasi yang menjalankan aktiviti tersebut dan telah mengambil tindakan di bawah Akta Koperasi 1993 dan Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007.

Sumber: http://www.kosmo.com.my/

Kesimpulannye:
Kemana duit-duit pelabur yang telah tertipu itu? kenapa tidak diserahkan semula kepada pelabur? memang diakui semua yang melabur ni orang yang makan gaji dan berpendapatan rendah... RM102.8 Juta tu disimpan dimana kalau akaun koperasi tersebut telah kena bekukan??? Siapa yang simpan semua duit tu??aku pun kesian jugak dengan sahabat-sahabat yang telah kerugian banyak wang dan terpaksa menanggung hutang..Pulangkanlah duit-duit mereka...






Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Ford Cars. Powered by Blogger