Friday, December 19, 2008

Susu Kesihatan!!





Thursday, December 4, 2008

Edisi Hujung Tahun..


------------------------------------------------------------
SELAMAT MENIMANG CAHAYA MATA BUAT MEKDAH...
(BULAN PENUH)
By Teorinye.. kalo nak baby kite kena kahwin dan kalo nak kahwin, kite kena nikah dan kalo nak nikah kite kena tunggu seru..

Begitula seru Kahwin 2 orang sahabat kite...

----------------------------------------------
Orang dulu-dulu kate, kalo Bulan dan bintang dekat-dekat macam ni, tandanye, musim orang kahwin.. tapi, tak taula kebenaranya sebab semua tu kuasa Tuhan kan..

rakaman 1 Disember 2008
Dariku untukmu..

Selamat pengantin Baru!!
HAzlee & Haryanti


Selamat Pengantin Baru!!
Ezura & Rafiq

Insyaallah Kak Jas sedang usahakan penerbangan tambang murah ke dua-dua destinasi ini.. sehubungan dengan itu, sesiapa yang berminat sila berhubung terus dengan Puan Jasiah ext:2196 dengan segera!
Tempat adalah terhad..

-----------------------------------------------------------------

Senario di Pejabat...
Bila Bos Tiada...





Tekanan Di tempat kerje??

Jangan Terkejut!!



Selamat Hari Raye!!

Tuesday, November 11, 2008

Awas Secret Recipe!!!


Ingat Lagi tarikh 11/11/08?

Promotion secret recipe mek!!




Aku malas nak tulis bebanyak. tapi, sempat aku wat siaran ulangan ni. jom kita tengok..


Moral of the story: don't Play-play arr!!

Thursday, October 16, 2008

Salam Perpisahan...


Kesedihan kian menyelubungi Podium 3, Aras 3 di Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya setelah mendapat berita perpindahan Seorang Staff yang dikenali dengan nama Nadia Izwanie atau nama glamournyer Nadd Ke Podium 2 bermula 1 November 2008..


Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua


Walaupun berat rasanya, tetapi, terpaksa kami merelakan juga perpisahan ini demi yang terbaik untuk dirinya dan masa depannye..

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Dari Jauh kami doakan beliau berjaya bersama teman-teman sepermainan yang baru nanti..




Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenang daku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

dan
Semoga Success Selalu Mek!!

*Jamuan Perpisahan akan dalam pertimbangan..

Video Clip Bonus, Ihsan Dari You Tube.com



Monday, October 13, 2008

Raye..Raye..Raye. Kasut Raye..

------------------------------------------------------------------------------------------------

Raye, raye, raye, baju Raye, kueh raya, Jalan Raye, Lebuh Raya, Balai Raya, Jabatan Kerja Raye.. dan semua yang sewaktu dengan raye, tak lupe juga, Kasut Raye!!

Lain Org Raye Sakan Tahun ni Mek, Pelbagai Koleksi Kasut Raye yang ditempahnye. Malangye, Delivery Selepas Raye.. Takpelah Mek, buleh gak bawa pegi keje kan.



Cantik-Cantik Mek Kasutnyer..

Lagi Kasut..


Nak Lagi??

Soalan Cepu Mas!!

Berapa Saiz Kasut di atas?

Sekiranya anda mempunyai jawapan, sila email kepada tekasaiz@kasut.com.my Hadiah tidak akan dihantar kepada anda.

Satu lagi ikhtibar disebalik kasut..

Walaupun kasut lame, jangan tinggalkan sesuka hati mek..
nak tau kenape?

Taaaaaaaaaaaaaauuuula mek..
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Pihak kami tidak bertanggungjawab keatas kehilangan kasut atas sebab kecuaian anda!!

Kesimpulannye,
Jagalah kasut anda sebaik-baiknye..

Thursday, September 25, 2008

SELAMAT HARI RAYE!!

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam All...

Dengan rasa rendah dirinye, saya mewakili sidang pengarang blog ini, ingin menyusun sepuluh jari Memohon Ampun dan maaf andai kata terlanjur kata, terlajak bicara, ter'edit' gambar dan semua yang ter...

Satu pesanan daripada JPJ, "Berhati-hati di jalan raye, jangan bawa laju-laju, kalo kena saman padan muka!"

Dalam kesempatan ini juga saya ingin berkongsi gambor semasa berbuka mek..

Sebelum kejadian:..



Semasa kejadian:



Selepas kejadian:




Kalo dah jodoh tak kemana...

cukup lah rasanya gambor tu ye mek.. nanti tak balik raye aku kang..

Aku just nak share je gambar yang di rakam semasa meeting tadi.

Babak 1


Babak 2



Babak 3

Take one, take two..

Amanat Dari Boss..


Selamat Hari Raye..
Maaf Zahir Batin...

Kura-kura dalam paya,
Selamat Hari Raya!!

Wednesday, September 24, 2008

JUALAN PUSPANITA!!!

PERHATIAN,

Puan-puan sekalian,

Puspanita Jabatan Alam Sekitar akan mengadakan Jualan Lelong Kuih raya seperti berikut:-

Harga sebenar Harga Lelong

Short Bread Rm 24.00 RM 22.00

Almond Londan RM 24.00 RM 22.00

Oat Berkoko Rm 24.00 Rm 22.00


Jika puan-puan dan tuan beminat bolehlah berkunjung ke Kedai kami di Aras 1 di dalam Pantry di sebelah kiri berdekatan bilik Dr. Ir Shamsuddin. Kedai kami dibuka pada 1.00 hingga 2.00 petang. Puan-puan dan tuan-tuan bolehlah berhubung dengan Puan Kaniz Begum bt Ab Rahman ext 2050, dan Puan Arba’ iyah bt Abdullah ext 2271.


Jualan kami terdiri daripada Blaus, Gelang dan jam kristal, tuala, tudung, popia segera ,ikan gelama, talang masin, keropok ikan parang, tamban dan juga ikan pekasam.

Datanglah beramai-ramai………….

“Wanita Sepakat Membawa Berkat”

Sekian terima kasih.

SU Puspanita Jabatan Alam Sekitar

Dengan Ihsan En. Amran..

Wednesday, September 17, 2008

Jualan Mega Raye!!!

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerongsang? Ingat kerongsang, ingat raye!! dikesempatan rehat tadi, ada segerombolan rombongan BTM membuat lawatan ke jaualan Hari Raye mek.. Cantik-cantik kerongsang yang dipilih. Dalam kesibukan membeli dan Blah, jgn lupe kawan-kawan rombongan mek.. ada yang kehilangan kengkwan, nasib bertemu di opis jugak.Nak tengok hasil shopping tadi?

Cantik Mek....
Kerongsang kedua mek..
Cincin Sinderalela???
Dan... tak lupe juge...
..
..
..
..
..
..
..
....
..
..
..










Sedap tak terhingga mek!!!

Berita Tergempar!!



Putrajaya - 17 September 2008, Podium 2, Misteri kehilangan seekor tikus yang menjadi tanda tanya terjawab pagi ini apabila sekumpulan pekerja BTM terjumpa dengan seekor tikus yang terdampar dibelakang partision Esah.. Polis Masih menyiasat punca kejadian. Sehubungan dengan itu, sesiapa yang kehilangan haiwan peliharaan sila kunjungi di Podium 2 untuk menuntut bangkai tikus berkenaan,
























Saya melaporkan dari tempat kejadian..

oleh wartawan jamil>>

Teman Tapi Mesra....

---------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini aku nak share dengan kengkawan juga atas permintaan insan-insan yang terpilih taktik-taktik untuk mengurat mek...

Babak 1>>>



Babak 2>>

Babak 3>>>?? Gambar kenangan..

(Teman Tapi Mesra...)

Itulah Episod Mencari kakak semalam yang berjaya di rakam..

Gambar yang ni pulak semasa berbuka puasa.
Jangan lebih makan mek, kang sakit perut pulak...

The end.....


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Ford Cars. Powered by Blogger