Monday, July 6, 2009

sayonara....





Asam Garam kehidupan,

Penantian itu, suatu penyeksaan,
Disebalik penyeksaan itu, terujilah kesabaran kita..

Yang Patah akan tumbuh,
Yang hilang akan berganti..

Begitulah senario yang berlaku di Pejabat kami.. Perginya 3 pegawai yang agak senior di sini dan membuatkan terasa kesunyian tanpa mereka.. Macam sedih lah pulak kan ayat.. huhuhu..

Mari kita ikuti pengakuan eksklusif kisah suka duka mereka....

Product 1
Puan Rohaidah Razali (Mek Dah)

Dulu, saya kurus ramping, bak kata orang dulu - dulu, sekali petik, sepuluh yang datang, setelah mengikuti team BTM (Bahagian Terlebih Makan) dan juga Team kaki ayam, Saiz saya naik sedikit-demi sedikit hingga ke tahap maksimum. Sekarang, sekali saya petik, anak-anak saya sahaja yang datang..
Tapi, saya bakal bergelar Usahawan HPA!! Sekiranya nak order HPA boleh lah hubungi saya ye..

--------------------------------------------------------------

Product 2 :
Puan Nor Aisah Hj Omar (Cik Pon)


Dulu, saya belum celik mata lagi.. hinggalah satu peristiwa yang berlaku, membuatkan saya celik mata untuk berjaya dan terus berjaya. Untuk mendapatkan duit, kita kena berusaha. Setelah sekian lama berkhidmat di Jabatan ini, saya mendapat idea untuk membuat perusahaan Tudung secara komersial. Kini, saya boleh tersenyum kagum dengan perusahaan yang saya jalankan.
Tuan/puan boleh berkunjung ke blog saya untuk tempahan :

http://ayeshastore.blogspot.com/


---------------------------------------------------------------

Product 3
Cik Haniza Mohamed Zin


Saya berbangga Setelah berjaya merampingkan pinggang saya sepanjang saya berkhidmat di jabatan ini. kini, saya telah berjaya memikat sesiapa sahaja yang memandang saya..
Kenapa???
Tak Percaya ka?
"siapa bilang gadis melayu tak menawan"
Buat peminat saya, Doakan saya dapat merampingkan lagi pinggang di tempat baru..
Buat tikus dipodium 2, jaga diri bebaik, pandai2 cari makan ye..

----------------------------------------------------

Itulah, sinopsis pengakuan mereka yang berjaya dirakamkan semasa majlis Perpisahan yang berlangsung baru-baru ini di suatu tempat yang dirahsiakan.. tak boleh heboh-heboh, nanti ramai yang nak datang mek..

antara gambar yang di snap...


Ucapan Pembuka majlis dari big boss..
dengar ye mek.. sebelum makan.

Bacaan doa pembuka majlis..

Antara yang hadir

Menjeling - menjeling, ku bertentang..
Mata kita sama memandang..
Tgk sape tu nad?

Terus mendengar amanat

Izinkan aku pergi....


Mujur Ada pegawai yang menanti dipintu utama untuk menahan en. Faizal daripada meninggalkan majlis..

Disamping itu juga, majlis jamuan Hari Lahir diadakan serentak Untuk Bulan Mei, Jun & Julai..

Penyampaian Hadiah Hari Lahir










Tidak lupe juga Penghargaan kepada Yang menimang Cahaya mata

Selamat Menjadi ayah!!

Majlis Penyampaian Cenderahati
Kepada 3 Orang Pegawai yang akan berpindah:
Mek dah tersenyum malu sambil diperhatikan kak jas.
(suddenly happen)

Senyum lagi..


Lagi - lagi senyum..


Sebagai Kenang-kenangan Bersama, Marilah Kita lihat sahaja Mereka memotong Kek Hari Lahir dan Kek Perpisahan...


Cukuplah sudah untuk kali ini ye..



Jom kite makan dulu..

bye..

1 comments:

mydira said...

ko sure sedey yek.. jiran paling keypoh kat podium 3 sudah ilang... kat podium 2 pun sunyi gak...


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Ford Cars. Powered by Blogger